97.9 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 28 Jan. – Sebanyak 97.9 peratus atau 22,923,144 dari populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka setakat malam tadi manakala 99.1 peratus atau 23,200,399 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Menurut data Kementerian Kesihatan di laman COVIDNOW, sebanyak 88.6 peratus atau 2,787,267 daripada populasi remaja telah menerima dua dos suntikan manakala  91.1 peratus atau 2,867,165 sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan pula, sebanyak 78.7 peratus atau 25,710,411 individu telah  lengkap vaksinasi manakala 79.8 peratus atau 26,067,564 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, penerima dos penggalak meningkat kepada 11,710,970 orang selepas 174,359 lagi tampil mendapatkannya semalam.

Sebanyak 178,567 dos diberikan semalam yang meliputi 1,635 dos pertama dan 2,573 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan penerima Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 63,284,490.

Related posts

Leave a Comment