Kes harian Malaysia lepasi 5,000

PUTRAJAYA 29 Jan. – Kes harian Covid-19 kekal melebihi 5,000 tetapi turun sedikit dengan 5,139 kes setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 5,522 yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menyaksikan sehingga kini terdapat 2,861,069 individu dijangkiti virus berkenaan.

Katanya, kes baharu yang dikesan hari ini membabitkan 4,913 kes penularan tempatan dengan 226 kes adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Secara keseluruhannya, daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, sejumlah 99 peratus atau 5,089 kes adalah kes dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan.

Sementara itu satu peratus bersamaan 50 kes adalah dalam kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai radang paru-paru, memerlukan alat bantuan pernafasan dan kritikal.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes aktif di negara ini, sehingga kini terdapat 119 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 102 kes disahkan Covid-19 serta 17 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

Bagi kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan dalam ICU, sehingga kini terdapqt sejumlah 69 kes iaitu 50 disahkan Covid-19 serta 19 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pihaknya mengesan lima kluster baharu di negara ini yang menjadikan sehingga kini terdapat 291 kluster yang masih aktif.

Beliau berkata, bagi kes sembuh di negara ini, sehingga pukul 12 tengah hari ini terdapat 3,767 kes menjadikan jumlah keseluruhan 2,777,715 kes pulih sepenuhnya

Related posts

Leave a Comment