12 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 29 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,952 orang, daripada lebih 2.84 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, satu kes kematian dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada yang meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 50,030 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 43,145 individu atau 86.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,064 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,694 kes dirawat di hospital dan 127 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 57 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 70 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment