Filipina catat 17,382 kes baharu

MANILA 29 Jun. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 17,382 kes baharu Covid-19 hari ini, turun sedikit berbanding 18,638 yang dicatatkan semalam.

Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 70 lagi individu meninggal dunia berbanding 68 kematian semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,528,796 orang manakala 53,871 orang telah meninggal dunia.

Sementara itu, jumlah kes pesakit pulih pula meningkat kepada 3,261,338 atau 92.4 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 35,382 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini.

Daripada jumlah kes yang direkodkan sebanyak 6.1 peratus atau 213,587 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment