Tambahan kes baharu di Thailand

BANGKOK 29 Jan. – Thailand terus merekodkan peningkatan kes harian apabila mencatatkan 8,618 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam berbanding 8,450 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, bagi tempoh yang sama sebanyak 19 meninggal dunia, kurang berbanding 28 kematian semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,424,090 manakala kematian pula sebanyak 22,145 orang.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan kes kematian yang direkodkan hari ini melibatkan individu berusia antar 24 dan 96 tahun dengan purata umur 65 tahun, semuanya warga Thailand.

Terdapat 8,329 kes dalam kalangan penduduk awam, 73 penghuni penjara dan 216 kes import.

Bangkok terus mendahului jangkitan harian tertinggi iaitu 1,483 diikuti  Samut Prakan 790, Chon Buri 395, Nonthaburi 368, Phuket 366, Pathum Thani 270, Ubon Ratchathani 220, Si Sa Ket 186, Nakhon Ratchasima 184 dan Samut Sakhon 184.

Bagi kes import pula, ia melibatkan ketibaan dari 30 negara termasuk 75 dari Rusia, 10 kes masing-masing dari Amerika Syarikat dan United kingdom, sembilan dari  Perancis, lapan dari Sweden dan Kazakhtan, dan tujuh dari india.

Pada Jumaat, sebanyak 83,939 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 548 yang serius dan 106 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Dalam tempoh 24 jam juga, 8,358 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kes pulih 2,318,006.

Related posts

Leave a Comment