Jokowi minta bertenang, patuh SOP

JAKARTA 28 Jan. – Indonesia yang sedang mengalami lonjakkan gelombang kes Covid-19 terutamanya varian Omicron menggesa rakyatnya tidak panik sebaliknya menerapkan protokol kesihatan bagi mencegah penyebaran lebih luas. “Saya minta bapak, ibu, saudara-saudara sekalian tetap tenang, tidak panik, laksanakan selalu protokol kesehatan, kurangi aktivitas yang tidak perlu,” kata Jokowi melalui ucapan maya mengenai perkembangan Covid-19. Katanya, peningkatan kes yang bermula sejak awal bulan dijangka terus meningkat untuk beberapa minggu akan datang. Justeru, penduduk diminta meminimakan kontak, mengurangkan aktiiviti tidak perlu serta gunakan khidmat teleperubatan di aplikasi kesihatan atau berjumpa doktor…

Read More

Tutup sekolah kluster Covid-19

KOTA KINABALU 28 Jan. – Sabah mengarahkan penutupan serta merta sekolah yang diisyitihar sebagai kluster Covid-19 selama dua hingga tiga minggu, tertakluk kepada pengesahan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Jurucakap berkaitan Covid-19 negeri, Masidi Manjun berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah, pada 26 Januari lalu. Sejak 1 Januari 2022 sehingga 26 Januari 2022, terdapat sejumlah enam Kluster Institusi Pendidikan aktif dan enam lokaliti di bawah pemantauan JKNS melibatkan fasiliti pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini telah mencetuskan kebimbangan dan menjadi agenda perbincangan di dalam…

Read More

Singapura catat 5,554 kes baharu

SINGAPURA 29 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,554 kes baharu Covid-19 termasuk 282 kes import di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini  menjadikan jumlah keseluruhan 338,625. Daripada jumlah itu, sebanyak 5,272 adalah kes tempatan. Menurut MoH, tiga kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 853 orang meninggal dunia sejak pandemik bermula. Jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 3,667, terdiri daripada 21 kes import dan 3,646 jangkitan tempatan manakala Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko…

Read More

4,474 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 28 Jan. – Arab Saudi merekodkan 4,474 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 4,738 kes yang direkodkan semalam. Dalam tempoh 24 jam juga, dua lagi kematian direkodkan, sama seperti yang direkodkan sejak kebelakangan ini. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 675,471 dengan 8,931 kematian. Sebanyak 4,445 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 626,532 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 869 kes dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Read More

8,450 kes baharu Thailand

BANGKOK 28 Jan. – Hari kedua Thailand terus merekodkan lebih 8,000 kes dengan jumlah jangkitan baharu meningkat kepada 8,450 berbanding 8,078 yang dilaporkan semalam. Pada masa yang sama 28 lagi individu dilaporkan meninggal dunia berbanding semalam yang merekodkan 22 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kes kematian melibatkan individu berusia antara 17 dan 93 tahun, di mana 15 belum divaksin, tiga hanya satu dos, dan 10 yang lain mendapat dos kedua enam bulan lalu. Terdapat 8,191 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 48 penghuni penjara dan 211 kes import. Bangkok…

Read More

Kes Covid-19 cecah 3.5 juta di Filipina

MANILA 28 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini terus merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan mencatatkan 18,638 kes berbanding 18,191 yang direkodkan semalam. Jumlah kematian harian bagaimanapun kurang sedikit dengan 68 orang meninggal dunia berbanding 74 yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini meningkat kepada 3,511,491 orang dengan jumlah kematian pula 53,801 orang. Bagi tempoh yang sama sebanyak 13,106 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,226,032 orang atau 91.9 peratus pulih. Daripada jumlah kes yang dicatatkan dalam negara, sebanyak…

Read More

Kes baharu Malaysia 5,522

PUTRAJAYA 28 Jan. – Jumlah kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu kekal melebihi 5,000 kes iaitu 5,522, meningkat sedikit berbanding 5,439 yang direkodkan semalam. Ini hari kedua Malaysia merekodkan angka 5,000 selepas bertahan dengan angka 3,000 dan 4,000 sejak awal bulan ini. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan tambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes baharu Covid-19 di negara ini meningkat kepada 2,855,930 kes. Sementara itu jumlah kematian pula meningkat kepada 31,940 orang berikutan 10 lagi kematian dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.15

PUTRAJAYA 28 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam melonjak lagi kepada 1.15 berbanding 1.13 yang dilaporkan pada hari sebelumnya. Bagaimanapun dua negeri mengatasi kadar itu, iaitu Negeri Sembilan dengan 1.21 berbanding sebelumnya 1.18 dan Kedah 1.16 yang sebelumnya 1.14. Sembilan negeri lagi merekodkan kadar melebihi 1.00 didahului Johor 1.14, Pulau Pinang 1.10, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.08, diikuti Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing 1.07, Kelantan 1.05, Sabah 1.04 dan Pahang 1.03. Dua negeri lagi iaitu Perak dan Terengganu masing-masing mencatatkan 0.99 dan…

Read More