Singapura catat 5,554 kes baharu

SINGAPURA 29 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,554 kes baharu Covid-19 termasuk 282 kes import di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini  menjadikan jumlah keseluruhan 338,625.

Daripada jumlah itu, sebanyak 5,272 adalah kes tempatan.

Menurut MoH, tiga kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 853 orang meninggal dunia sejak pandemik bermula.

Jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 3,667, terdiri daripada 21 kes import dan 3,646 jangkitan tempatan manakala Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 1,887 kes disahkan menerusi ujian PCR iaitu 1,626 adalah jangkitan tempatan manakala 261 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.24, merosot berbanding 2.37 pada Khamis 27 Januari.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 masih meningkat.

Sementara itu seramai 636 pesakit masih dirawat di hospital, berbanding 611 semalam di mana 46 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa manakala 10 dipantau rapi di ICU,

Seramai 5,454 pesakit dibenarkan keluar hospital

Related posts

Leave a Comment