4,474 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 28 Jan. – Arab Saudi merekodkan 4,474 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 4,738 kes yang direkodkan semalam.

Dalam tempoh 24 jam juga, dua lagi kematian direkodkan, sama seperti yang direkodkan sejak kebelakangan ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 675,471 dengan 8,931 kematian.

Sebanyak 4,445 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 626,532 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 869 kes dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment