Kes baharu Malaysia 5,522

PUTRAJAYA 28 Jan. – Jumlah kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu kekal melebihi 5,000 kes iaitu 5,522, meningkat sedikit berbanding 5,439 yang direkodkan semalam.

Ini hari kedua Malaysia merekodkan angka 5,000 selepas bertahan dengan angka 3,000 dan 4,000 sejak awal bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan tambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes baharu Covid-19 di negara ini meningkat kepada 2,855,930 kes.

Sementara itu jumlah kematian pula meningkat kepada 31,940 orang berikutan 10 lagi kematian dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Related posts

Leave a Comment