Kadar kebolehjangkitan 1.15

PUTRAJAYA 28 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam melonjak lagi kepada 1.15 berbanding 1.13 yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun dua negeri mengatasi kadar itu, iaitu Negeri Sembilan dengan 1.21 berbanding sebelumnya 1.18 dan Kedah 1.16 yang sebelumnya 1.14.

Sembilan negeri lagi merekodkan kadar melebihi 1.00 didahului Johor 1.14, Pulau Pinang 1.10, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.08, diikuti Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing 1.07, Kelantan 1.05, Sabah 1.04 dan Pahang 1.03.

Dua negeri lagi iaitu Perak dan Terengganu masing-masing mencatatkan 0.99 dan 0.87.

Sementara itu Sarawak merekodkan 19 kes diikuti Wilayah Persekutuan Labuan 18 dan Perlis merekodkan 16 kes,

Related posts

Leave a Comment