Jokowi minta bertenang, patuh SOP

JAKARTA 28 Jan. – Indonesia yang sedang mengalami lonjakkan gelombang kes Covid-19 terutamanya varian Omicron menggesa rakyatnya tidak panik sebaliknya menerapkan protokol kesihatan bagi mencegah penyebaran lebih luas.

“Saya minta bapak, ibu, saudara-saudara sekalian tetap tenang, tidak panik, laksanakan selalu protokol kesehatan, kurangi aktivitas yang tidak perlu,” kata Jokowi melalui ucapan maya mengenai perkembangan Covid-19.

Katanya, peningkatan kes yang bermula sejak awal bulan dijangka terus meningkat untuk beberapa minggu akan datang.

Justeru, penduduk diminta meminimakan kontak, mengurangkan aktiiviti tidak perlu serta gunakan khidmat teleperubatan di aplikasi kesihatan atau berjumpa doktor terdekat sekiranya ada gejala demam dan batuk.

Di samping itu, Indonesia menetapkan peraturan isolasi di rumah selama lima hari kepada individu yang dijangkiti varian Omicron Covid-19 tanpa gejala.

Menurut Jokowi, langkah itu bertujuan mengurangkan tekanan ke atas sistem penjagaan kesihatan negara dan membantu pihak kesihatan untuk fokus menangani pesakit bergejala berat atau pesakit lain yang memerlukan layanan intensif.

“Tidak semua kes Omicron memerlukan layanan langsung di pusat kesihatan dan hospital kerana gejalanya tidak membahayakan,” katanya

Sementara itu, sebanyak 9,905 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,319,175.

Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu 4,558, Jawa Barat 2,313 dan Banten 1,754

Di samping itu, terdapat tujuh kes baharu kematian menjadikan jumlah keseluruhan 144,268 orang meninggal dunia.

Related posts

Leave a Comment