8,450 kes baharu Thailand

BANGKOK 28 Jan. – Hari kedua Thailand terus merekodkan lebih 8,000 kes dengan jumlah jangkitan baharu meningkat kepada 8,450 berbanding 8,078 yang dilaporkan semalam.

Pada masa yang sama 28 lagi individu dilaporkan meninggal dunia berbanding semalam yang merekodkan 22 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kes kematian melibatkan individu berusia antara 17 dan 93 tahun, di mana 15 belum divaksin, tiga hanya satu dos, dan 10 yang lain mendapat dos kedua enam bulan lalu.

Terdapat 8,191 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 48 penghuni penjara dan 211 kes import.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,292, diikuti Samut Prakan 743, Nonthaburi 499, Chon Buri 446, Phuket 379, Pathum Thani 245, Ratchaburi 239, Nakhon Ratchasima 192, Si Sa Ket 182 dan Lop Buri 168.

Sementara kes import termasuk dari Rusia 48 kes, Kazakhstan 21, India 14 dan Amerika Syarikat 10 .

Semalam, Khamis, sebanyak 83,698 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 528 dalam keadaan kritikal dan 102 bergantung kepada ventilator.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 7,484 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 2,309,648.

Related posts

Leave a Comment