Kes Covid-19 cecah 3.5 juta di Filipina

MANILA 28 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini terus merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan mencatatkan 18,638 kes berbanding 18,191 yang direkodkan semalam.

Jumlah kematian harian bagaimanapun kurang sedikit dengan 68 orang meninggal dunia berbanding 74 yang direkodkan semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini meningkat kepada 3,511,491 orang dengan jumlah kematian pula 53,801 orang.

Bagi tempoh yang sama sebanyak 13,106 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,226,032 orang atau 91.9 peratus pulih.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan dalam negara, sebanyak 6.6 peratus atau 231,658 adalah kes aktif, juga menunjukkan peningkatan berbanding 226,521 kes semalam..

Related posts

Leave a Comment