SINGAPURA – Sempena perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026, Masjid Sultan akan menganjurkan program khas yang menggabungkan sesi qiamullail dengan tayangan langsung perlawanan akhir Piala Dunia pada awal pagi 20 Julai ini.
Program ‘Beyond the Final’, mengajak orang ramai beribadah di masjid itu sebelum bersama-sama menyaksikan final antara Sepanyol dengan Argentina bagi merebut gelaran juara Piala Dunia FIFA 2026.
Menurut catatan Facebook Masjid Sultan, program itu akan bermula pada pukul 2 pagi dengan sesi qiamullail.
Para peserta juga berpeluang mengikuti sesi untuk memperhalusi bacaan Surah al-Fatihah mereka, sebelum tayangan langsung perlawanan akhir bermula pada pukul 3 pagi di auditorium masjid itu.
Program tersebut akan diakhiri dengan solat Subuh berjemaah pada pukul 5.44 pagi.
Bagi memudahkan jemaah, Masjid Sultan akan dibuka dari Ahad malam bagi jemaah yang ingin melakukan iktikaf di masjid.
Orang ramai yang ingin menyertai program “Beyond the Final” boleh mendaftar melalui: bit.ly/BeyondTheFinal
