Penurunan kes di Thailand

BANGKOK 25 Jan. – Kes jangkitan Covid-19 di Thailand menunjukkan penurunan hari ini apabila 6,718 kes dilaporkan berbanding 7,139 kes yang direkodkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dalam tempoh 24 jam, terdapat 12 lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan berbanding 13 semalam.

Berikutan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,391,357 kes dengan jumlah kematian pula 22,057 orang.

Manakala daripada 6,718 kes, sebanyak 6,497 melibatkan penduduk awam, 69 dalam kalangan penghuni penjara dan 152 kes import.

Bangkok terus merekodkan kes jangkitan tertinggi iaitu 1,269 kes dikuti Samut Prakan 556, Nonthaburi 411, Nonthaburi 411 dan Phuket 354.

Bagi kes import pula, sebanyak 52 dari Rusia, masing-masing 15 dari Kazakhstan dan Amerika Syarikat, tujuh masing-masing dari Perancis dan Netherlands dan enam setiap satu dari Turki dan Sweden.

Related posts

Leave a Comment