197,765 lagi dapatkan penggalak

PUTRAJAYA 25 Jan. – Jumlah penerima dos penggalak Covid-19 terus meningkat apabila 197,765 lagi individu tampil mendapatkan suntikan itu semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 10,906,259 orang.

Menurut data Kementerian Kesihatan di laman COVIDNOW, sebanyak 22,917,313 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa melengkapkan dos mereka, manakala 23,195,017 atau 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 78.7 peratus atau 25,699,444 daripada populasi keseluruhan lengkap vaksinasi mereka manakala 79.8 peratus atau 26,059,755 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,782,131 individu atau 88.4 peratus melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,864,738 individu atau 91.0 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Statistik harian menunjukkan sebanyak 202,296 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 1,820 dos pertama, 2,711 dos lengkap dan 197,765 dos penggalak

menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,461,606 dos.

Related posts

Leave a Comment