Malaysia kembali catat 4,000 kes

PUTRAJAYA 25 Jan. – Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan kes harian Covid-19 hari ini dengan merekodkan 4,066 berbanding 3,214 yang direkodkan semalam dan 3,856 pada hari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia adalah sebanyak 2,840,225 kes.

Daripada 4,066 kes, sebanyak 3,624 adalah kes tempatan melibatkan 3,521 warganegara (97.2%) dan 103 bukan warganegara (2.8%) manakala 442 kes import pula melibatkan 323 warganegara (73.1%); 119 bukan warganegara (26.9%).

Dalam kenyataannya, beliau berkata sebanyak 50 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan  4,016 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 3,559 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,762,608 kes.

Sementara itu, sebanyak 131 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 113 kes disahkan Covid-19; 18 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Sebanyak 65 kes memerlukan bantuan pernafasan iaitu 46 kes disahkan Covid-19; 19 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Dalam pada itu, sebanyak 13 kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 6,328 kluster di mana 6,084 kluster telah tamat manakala 244 masih aktif.

Related posts

Leave a Comment