4,541 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 25 Jan. – Arab Saudi merekodkan 4,541 kes harian Covid-19, turun sedikit berbanding 4,838 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 661,733 kes.

Bagaimanapun jumlah yang meninggal dunia pula dua orang, sama seperti semalam dan hari-hari sebelumnya yang membawa kepada 8,924 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,523 kes direkodkan di Riyadh, diikuti Jeddah 603, Madinah 175, Hofuf 149, Dammam 148 dan 101 di Makkah manakala lain-lain bandar kurang 100 kes.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 611,342 selepas 5,212 pesakit dilaporkan sembuh.

Related posts

Leave a Comment