Dua hari Arab Saudi lebih 4,000 kes

RIYADH 22 Jan. – Dua hari berturut-turut, Arab Saudi merekodkan penurunan kes harian kepada lebih 4,000 berbanding sembilan hari sebelum itu mencatatkan lebih 5,000 kes dengan angka tertinggi 5,928 pada 19 Januari lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes harian yang direkodkan hari ini adalah 4,608 berbanding 4,884 pada hari sebelumnya manakala jumlah kematian kekal dua orang sejak 17 Januari lalu. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi meningkat kepada 647,819 dan 8,918 kematian. Sebanyak 4,622 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat…

Read More

462 kes baharu varian Delta

PUTRAJAYA 22 Jan. – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 462 kes baharu varian Delta, bagi tempoh antara 19 Januari hingga hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Sebanyak 278 kes varian membimbangkan (VOC) itu dikenal pasti oleh Institut Kesihatan dan Komuniti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS), Institut Genom dan Vaksin (155 kes), Institut Penyelidikan Perubatan (18 kes) serta Fakulti Perubatan Universiti Malaya (11 kes). Dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan VOC dan varian berkepentingan (VOI) di negara ini sebanyak 6,894 kes. “Sebanyak…

Read More

Hari kedua lepasi 4,000 kes

PUTRAJAYA 22 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 terus melepasi angka 4,000 bagi dua hari berturut-turut dengan merekodkan 4,116 kes setakat tengah hari ini berbanding 4,046 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kadar jangkitan itu menjadikan jumlah keseluruhan angka penularan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 2,829,089 kes. Katanya, sebanyak 498 kes import direkodkan terdiri daripada 406 warganegara dan 92 warga asing. Sebanyak 2,858 kes sudah sembuh, manakala 141 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan. Kementerian Kesihatan juga mengesan…

Read More

Kerajaan ‘rapuh’ dorong PRN

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam keadaan ‘rapuh’, amat tidak stabil dan berada atas ihsan pembangkang, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Johor,  Hasni Mohammad. Katanya, beliau membuat penilaian teliti selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas,  Osman Sapian, bagi mengadakan pilihan raya kecil (PRK), namun mengubah pendirian berikutan jaminan komitmen kestabilan yang diberikan pembangkang Johor. Bagaimanapun beliau berkata, insiden pembangkang Johor yang membawa rundingan Majlis Tindakan Daerah (MTD) pada Sidang DUN Johor selepas Belanjawan Johor 2022 dibentangkan, November lalu,…

Read More

Sultan Johor perkenan bubar DUN

JOHOR BAHRU 22 Jan. –  Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan. Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar,  Hasni Mohammad pada pukul 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini. Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Pada pertemuan bersama Sultan Johor itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor. “Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor…

Read More

30,552 kes baharu di Filipina

MANILA 22 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 30,552 kes baharu Covid-19, kurang sedikit berbanding 32,744 yang direkodkan semalam. Dalam kenyataannya, DoH berkata sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 97 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19. Pertambahan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,387,524 kes dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 53,406 orang. Sementara itu, sebanyak 41,471 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,053,499 orang pulih atau 90.1 peratus daripada keseluruhan kes. Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 8.3 peratus atau 280,619 adalah…

Read More

Lagi kluster pendidikan di Sabah

KOTA KINABALU 22 Jan. – Satu lagi kluster Covid-19 berkaitan jangkitan di institusi pendidikan dilaporkan di Sabah hari ini, iaitu yang kelima dalam tempoh seminggu sejak Ahad lalu. Kluster Jalan Bypass Kologon, dilapor membabitkan pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang, Ranau. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun, berkata kluster itu tercetus selepas seorang pelajar asrama perempuan disahkan positif Covid-19, sebelum enam lagi rakan sebilik turut dikesan positif. Indeks kes ialah seorang pelajar asrama perempuan SMK Kundasang yang berumur 16 tahun. Dia mula bergejala pada 17 Januari 2022, kemudian…

Read More

Dewasa Austria diwajibkan vaksinasi

VIENNA 22 Jan. – Parlimen Austria meluluskan undang-undang mewajibkan vaksinasi Covid-19 bagi orang dewasa mulai bulan depan, walaupun terdapat gelombang bantahan yang menentang langkah itu. Langkah itu menjadikan Austria negara Eropah pertama berbuat demikian ketika puluhan ribu orang p mengadakan bantahan untuk menentang vaksinasi wajib itu dalam siri perhimpunan hujung minggu sejak langkah itu diumumkan November lalu. Semua parti, kecuali sayap kanan, menyokong langkah itu, dengan perundangan baharu itu diluluskan kelmarin dengan 137 undi menyokong dan 33 menentang di Parlimen yang mempunyai  183 kerusi. Ia lulus dengan majoriti yang diperlukan.…

Read More

Hanya 5 orang pelawat CNY

SINGAPURA 22 Jan. – Perhimpunan sosial dan jumlah pelawat bagi setiap rumah sempena Tahun Baharu Cina (CNY) dikekalkan kepada lima orang, kata Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura. Undang-undang sedia ada di cawangan makanan dan minuman juga akan terus dilaksanakan, termasuk acara makan malam bersama atau hidangan Tahun Baharu Cina di tempat-tempat itu. Menurut kenyataan MoH semalam, saiz kumpulan yang duduk makan di luar akan terus dihadkan kepada lima orang dan tempahan bagi beberapa meja tidak dibenarkan, kecuali mereka tinggal sebumbung. Acara-acara berskala besar, termasuk perarakan keagamaan atau majlis jamuan malam “terus…

Read More