30,552 kes baharu di Filipina

MANILA 22 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 30,552 kes baharu Covid-19, kurang sedikit berbanding 32,744 yang direkodkan semalam.

Dalam kenyataannya, DoH berkata sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 97 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19.

Pertambahan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,387,524 kes dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 53,406 orang.

Sementara itu, sebanyak 41,471 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,053,499 orang pulih atau 90.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 8.3 peratus atau 280,619 adalah kes aktif,.

Related posts

Leave a Comment