Hanya 5 orang pelawat CNY

SINGAPURA 22 Jan. – Perhimpunan sosial dan jumlah pelawat bagi setiap rumah sempena Tahun Baharu Cina (CNY) dikekalkan kepada lima orang, kata Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura.

Undang-undang sedia ada di cawangan makanan dan minuman juga akan terus dilaksanakan, termasuk acara makan malam bersama atau hidangan Tahun Baharu Cina di tempat-tempat itu.

Menurut kenyataan MoH semalam, saiz kumpulan yang duduk makan di luar akan terus dihadkan kepada lima orang dan tempahan bagi beberapa meja tidak dibenarkan, kecuali mereka tinggal sebumbung.

Acara-acara berskala besar, termasuk perarakan keagamaan atau majlis jamuan malam “terus dilarang untuk mencegah acara penyebar utama”,manakala hidangan

yang dianjurkan syarikat atau “tuan bai” juga tidak dibenarkan.

“Kadar vaksinasi dan suntikan dos penggalak kita yang tinggi memberi kami keyakinan bahawa kita boleh mengurangkan kesan gelombang Omicron terhadap masyarakat dan ekonomi kita.

“Kami memohon kerjasama semua untuk mematuhi langkah-langkah pengurusan keselamatan terutamanya semasa tempoh CNY,” kata MOH.

Semasa sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian hari ini, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata jumlah kes Omicron di Singapura sudah “meningkat dengan cepat, terutamanya sepanjang beberapa hari lalu”.

Meskipun kebanyakan kes Omicron di Singapura adalah ringan, Gan mengingatkan orang awam supaya terus berwaspada semasa tempoh perayaan.

“Langkah-langkah pengurusan selamat yang kami laksanakan akan membantu mengurangkan risiko jangkitan dan tekanan terhadap sistem jagaan kesihatan kita,” katanya.

Related posts

Leave a Comment