TEHRAN – Iran telah mengemukakan cadangannya bagi membuka semula ruang rundingan berhubung program nuklear negara itu dan masih menunggu pendirian rasmi Amerika Syarikat (AS) terhadap cadangan terbaharu itu.
Ketua perunding Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, berkata kini giliran Washington untuk menentukan sama ada usaha diplomatik itu akan diteruskan atau sebaliknya.
Katanya, peluang untuk mencapai persefahaman masih wujud jika kedua-dua pihak bersedia mencari titik persamaan selepas hubungan mereka tegang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Setakat ini, tiada petunjuk bila AS akan memberikan respons rasmi terhadap cadangan terbaharu Iran, namun Tehran menegaskan langkah seterusnya bergantung kepada keputusan yang bakal dibuat oleh Washington.
Sementara itu, pegawai kanan keselamatan Iran, Mohsen Rezaei, menegaskan negaranya tidak bersetuju dengan cadangan AS supaya simpanan uranium yang diperkaya sehingga 60 peratus dihantar ke negara ketiga.
Beliau berkata keputusan itu turut dimaklumkan kepada Rusia, yang sebelum ini menawarkan diri untuk menyimpan bahan nuklear berkenaan sebagai sebahagian daripada langkah membina kepercayaan antara pihak yang terbabit dalam rundingan.
Nnnn
