462 kes baharu varian Delta

PUTRAJAYA 22 Jan. – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 462 kes baharu varian Delta, bagi tempoh antara 19 Januari hingga hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebanyak 278 kes varian membimbangkan (VOC) itu dikenal pasti oleh Institut Kesihatan dan Komuniti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS), Institut Genom dan Vaksin (155 kes), Institut Penyelidikan Perubatan (18 kes) serta Fakulti Perubatan Universiti Malaya (11 kes).

Dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan VOC dan varian berkepentingan (VOI) di negara ini sebanyak 6,894 kes.

“Sebanyak 6,874 kes adalah VOC, manakala 20 kes ialah VOI. Secara keseluruhan sehingga kini bagi VOC, sebanyak 6,188 kes membabitkan varian Delta, 439 kes Omicron, 233 kes Beta dan 14 kes Alpha.

“Bagi VOI pula, 13 kes membabitkan varian Theta, empat kes Kappa dan tiga kes Eta,” katanya.

Related posts

Leave a Comment