Dua hari Arab Saudi lebih 4,000 kes

RIYADH 22 Jan. – Dua hari berturut-turut, Arab Saudi merekodkan penurunan kes harian kepada lebih 4,000 berbanding sembilan hari sebelum itu mencatatkan lebih 5,000 kes dengan angka tertinggi 5,928 pada 19 Januari lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes harian yang direkodkan hari ini adalah 4,608 berbanding 4,884 pada hari sebelumnya manakala jumlah kematian kekal dua orang sejak 17 Januari lalu.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi meningkat kepada 647,819 dan 8,918 kematian.

Sebanyak 4,622 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 594,762 orang manakala dalam kalangan kes aktif pula, 637 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu pihak berkuasa kesihatan menggesa orang ramai mengambil vaksin di samping mematuhi protokol kesihatan seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan fizikal.

Langkah itu penting ketika Arab Saudi berhadapan dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment