Brunei Darussalam catat 21 kes baharu

BERAKAS 16 Jan. – Sebanyak 21 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini, kurang sedikit berbanding 35 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 15,881 orang.

 Daripada jumlah tersebut, 12 melibatkan kes tempatan manakala sembilan lagi adalah kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 3,356 jumlah ujian makmal, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan ujian sejak Januari 2020 meningkat kepada 754,634.

Jumlah kematian pula kekal 59 orang apabila tiada kematian baharu dilaporkan.

Sebanyak 15 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 15,524 orang dengan jumlah kes aktif sebanyak 355.

Related posts

Leave a Comment