RIYADH 16 Jan. – Arab Saudi terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila mencatatkan 5,477 kes baharu hari ini berbanding 5,281 kes yang dilaporkan semalam.
Bagaimanapun jumlah kematian terus stabil dengan hanya satu kematian direkodkan berbanding dua kes semalam.
Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 615,430 orang manakala jumlah yang meninggal dunia adalah 8,906 orang.
Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah tertinggi yang direkodkan adalah di Riyadh dengan 1,472, diikuti Jeddah 985, Makkah 425, Madinah 359,dan Al-Hofuf 189.
Sebanyak 3,405 pesakit dilaporkan sembuh yang membantu meningkat jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 564,947 manakala 336 pesakit dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Sementara itu lebih 53.9 juta dos vaksin Covid-19 telah didaftarkan di mana 23.4 juta orang lengkap vaksinasi
Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan akan mula memberi vaksin kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.