863 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 16 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 863 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes terkumpul di Singapura sebanyak 291,849. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 500 adalah kes dalam masyarakat dan 363 lagi adalah kes import. Menurut MoH, jumlah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pula setakat ini kekal 843 orang apabila tiada kematian baharu dilaporkan. Di samping itu MoH juga mengesan 675 kes baharu varian Omicron di mana 422 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 253 lagi adalah kes import. Sebanyak 823 pesakit dibenarkan…

Read More

Kes harian tertinggi di Riyadh

RIYADH 16 Jan. – Arab Saudi terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila mencatatkan 5,477 kes baharu hari ini berbanding 5,281 kes yang dilaporkan semalam. Bagaimanapun jumlah kematian terus stabil dengan hanya satu kematian direkodkan berbanding dua kes semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 615,430 orang manakala jumlah yang meninggal dunia adalah 8,906 orang. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah tertinggi yang direkodkan adalah di Riyadh dengan 1,472, diikuti Jeddah 985, Makkah 425, Madinah  359,dan Al-Hofuf 189. Sebanyak 3,405 pesakit dilaporkan sembuh yang membantu meningkat jumlah…

Read More

Brunei Darussalam catat 21 kes baharu

BERAKAS 16 Jan. – Sebanyak 21 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini, kurang sedikit berbanding 35 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 15,881 orang.  Daripada jumlah tersebut, 12 melibatkan kes tempatan manakala sembilan lagi adalah kes import. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 3,356 jumlah ujian makmal, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan ujian sejak Januari 2020 meningkat kepada 754,634. Jumlah kematian pula kekal 59 orang apabila tiada kematian baharu dilaporkan. Sebanyak 15 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih…

Read More

Malaysia catat 3,010 kes baharu

PUTRAJAYA 16 Jan. – Kes jangkitan Covid-19 kekal dengan angka 3,000 apabila sejumlah 3,010 kes baharu Covid-19 direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini, turun sedikit berbanding 3,074 kes yang dicatatkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,808,347 individu sudah dijangkiti virus berkenaan. Beliau berkata, sebanyak 99.1 peratus kes yang dikesan hari ini berada dalam kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan. Selebihnya 0.9 peratus lagi adalah pesakit Covid-19 dalam kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai…

Read More

RFID ganti SmartTAG bermula

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) bermula 10:malam tadi di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuh Raya Utara-Selatan. Terdapat sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol di sepanjang lebuh raya berkenaan. Menurut Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid berkata, sejak Kementerian Kerja Raya mengumumkan pelaksanaan itu bulan lalu, jumlah pengguna RFID meningkat daripada 1.5 juta kepada 1.6 juta. Bagaimanapun ketika ini kutipan tol menggunakan kad…

Read More

Filipina catat 37,154 kes baharu

MANILA 16 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 37,154 pertambahan kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 3,205,396. Sehingga pukul 4 petang ini juga, sebanyak 50 lagi kematian baharu direkodkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan yang meninggal dunia mencapai 52,907 orang. Sementara itu, sebanyak 30.037 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,864,633 orang pulih atau 89.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Daripada jumlah kes yang dicatatkan dalam negara, sebanyak 9.0 peratus atau 287,856 adalah kes aktif.

Read More

Thailand lapor 8,077 kes baharu

BANGKOK 16 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 meningkat hari ini dengan merekodkan 8,077 kes baharu berbanding 7,793 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,324,485 kes. Sembilan lagi kematian dilaporkan, berbanding 18 yang direkodkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 21,925 orang meninggal dunia. Terdapat 7,784 kes dalam kalangan penduduk awam, 11 melibatkan penghuni penjara dan 282 kes import. Bangkok merekodkan 789 kes jangkitan diikuti 705 di Samut Prakan, 692 di Chon Buri, 400 di Phuket dan 387 di Nonthaburi. Sebanyak 4,887 kes dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan…

Read More

85,134 tan sisa banjir dibersih

MUAR 16 Jan. – Sebanyak 85,134 tan sisa banjir dibersihkan di enam negeri yang terjejas bencana itu, setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dr Ismail Abd Muttalib. Beliau berkata kerja pembersihan membabitkan negeri Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Selangor telah mencapai 98 peratus, manakala Johor mencapai tahap 90 peratus. Semalam  sahaja, sebanyak 438 tan sisa banjir dibersihkan membabitkan 112 jentera dan 354 pekerja di bawah seliaan SWCorp (SWM Environment Sdn Bhd, Alam Flora Sdn Bhd dan E-Idaman). Sebanyak 48,589 tan sisa banjir dibersihkan…

Read More

22,902,459 dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 16 Jan. – Sebanyak 22,902,459 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa melengkapkan vaksinasi, manakala 23,182,938 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Menurut data di laman COVIDNOW, sebanyak 78.6 peratus atau 25,675,722 daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 79.7 peratus atau 26,044,184 mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan. Bagi populasi remaja pula, sebanyak 2,773,263 individu atau 88.1 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 17 tahun itu lengkap menerima vaksin Covid-19, manakala 90.9 peratus atau 2,861,246 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Sementara itu, sebanyak 167,955 dos…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.99

PUTRAJAYA 15 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian turun kepada 0.99 semalam berbanding 1.00 yang direkodkan dua hari berturut-turut sebelum itu. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, enam  negeri merekodkan kadar Rt sama atau melebihi 0.99. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kadar 1.08, Sabah 1.04, Negeri Sembilan 1.02, Selangor 1.01 dan Melaka 1.00. Ini diikuti Johor yang merekodkan kadar 0.99. Pulau Pinang merekodkan 0.97, Kedah 0.95, Pahang 0.93, Perak 0.92, Kelantan 0.90 dan Terengganu 0.80. Sementara itu Wilayah Persekutuan Labuan…

Read More