7,681 kes baharu di Thailand

BANGKOK 12 Jan. – Sebanyak 7,681 kes baharu Covid-19 direkodkan Thailand dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kematian pula 19 orang . Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 7,133 kes dan 12 kematian yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di Thailand kini meningkat kepada 2,292,290 dengan 21,869 kematian. Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 277 adalah kes import, sementara 7,404 adalah kes tempatan termasuk 12 dalam kalangan penghuni penjara. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 892, diikuti Chon Buri 873, Samut Prakan 523 dan Phuket 488. Bagi kes…

Read More

Filipina catat peningkatan kes

MANILA 12 Jan. – Filipina terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 32,246 kes baharu Covid-19 hari ini, jumlah yang meningkat berbanding 28,007 yang dilaporkan semalam. Dengan pertambahan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Filipina setakat pukul 4 petang ini adalah 3,058,634. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina, sebanyak 144 lagi individu dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 52,654 orang. Sementara itu, jumlah kes sembuh meningkat kepada 2,797,816 orang apabila 5,063 lagi pesakit dilaporkan pulih daripada jangkitan Covid-19. DoH juga merekodkan daripada jumlah keseluruhan kes,…

Read More

Kes harian Malaysia naik sedikit

PUTRAJAYA 12 Jan. – Kementerian Kesihatan hari ini merekodkan sebanyak 3,198 kes positif baharu COVID-19, berbanding 3,175 semalam yang menyumbang kepada jumlah kumulatif 2,795,233 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes baharu itu, sebanyak 2,895 kes adalah penularan tempatan iaitu 2,753 kes atau 95.1 peratus adalah warganegara dan 142 atau 4.9 peratus, bukan warganegara. Sebanyak 303 kes import juga direkodkan yang membabit 224 warganegara dan 79 warga asing. Daripada 3,198 kes harian yang dilaporkan hari ini, 39 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5;…

Read More

Arab Saudi catat kes harian tertinggi

RIYADH 12 Jan. – Arab Saudi hari ini merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi sejak pandemik dikesan di negara itu dengan merekodkan 5,362 kes berbanding 4,652 yang direkodkan semalam. Rekod sebelum ini menunjukkan jumlah kes harian tertinggi adalah sebanyak 4,919 yang direkodkan pada 17 Jun 2020 dengan 39 kematian. Bagaimanapun jumlah kematian hari ini masih terkawal apabila dua orang dilaporkan meninggal dunia sama seperti semalam dan kebanyakan hari sebelum ini. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 593,545 kes manakala yang meninggal dunia pula…

Read More

Separuh benua Eropah bakal dijangkiti

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, separuh daripada benua Eropah akan dijangkiti varian Omicron Covid-19 dalam tempoh enam hingga lapan minggu lagi. Pengarah WHO Eropah Dr Hans Kluge berkata, dengan mengambil kira ramalan aliran semasa lonjakan varian baharu Covid-19 itu, gelombang Omicron akan melanda barat hingga timur Eropah beberapa minggu lalu. Katanya, keadaan diburukkan lagi dengan situasi sedia ada iaitu lonjakan varian Delta di mana tujuh juta kes baharu dilaporkan di Eropah pada minggu pertama 2022 dan jumlah jangkitan pula naik dua kali ganda dalam tempoh dua minggu. Menurutnya, Eropah…

Read More

97.8 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 12 Jan. – Sebanyak 97.8 peratus atau 22,889,297 individu daripada populasi dewasa  telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,172,722 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Menurut data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 78.6 peratus atau 25,657,970 individu daripada populasi keseluruhan lengkap vaksinasi manakala 79.7 peratus atau 26,030,831 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja, sebanyak 88 peratus atau 2,768,673  lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 90.8 peratus atau 2,858,109 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Sementara itu sebanyak 8,284,539 atau 25.4 peratus telah memperoleh dos penggalak masing-masing selepas 248,659 dos…

Read More

Dos penggalak Indonesia mula hari ini

JAKARTA 12 Jan. – Indonesia yang telah mencapai sasaran 70 peratus vaksinasi hari ini memulakan program vaksinasi penggalak (dos ketiga) dengan menyasarkan kira-kira 21 juta orang akan menerima suntikan itu sepanjang bulan ini. Presiden Joko Widodo berkata, dos ketiga secara percuma itu  akan memberi keutamaan kepada warga lanjut usia dan kelompok rentan yang sudah menerima vaksin dos kedua sejak enam bulan lalu. Dalam satu perutusannya semalam, beliau berkata vaksinasi itu bagi mengekalkan tahap imunisasi dan meningkatkan tahap keselamatan rakyat bagi menghadapi pandemik itu. Jokowi dalam pada itu juga menasihatkan rakyat…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik 1.00

PUTRAJAYA 11 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik kepada 1.00 berbanding 0.98 pada hari sebelumnya. Tujuh negeri merekodkan kadar melebihi 1.00 didahului Wilayah Persekutuan Labuan yang merekodkan 1.12. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 1.08. Sabah merekodkan 1.07, Melaka 1.05, Negeri Sembilan 1.04 dan Kedah 1.00. Sembilan negeri lagi merekodkan kadar lebih rendah iaitu Selangor 0.99, Johor 0.98, Negeri Sembilan 0.98, Pahang 0.98, Pulau Pinang 0.97, Perak 0.94, Perlis 0.90, Sarawak 0.89 dan Terengganu 0.85.

Read More

27 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 12 Jan. – Sebanyak 27 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, termasuk sembilan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Menurut data laman sesawang COVIDNOW, ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 31,723 kes dengan 6,401 daripadanya adalah kes BID. Selangor merekodkan kematian akibat Covid-19 tertinggi semalam iaitu sembilan kes, diikuti empat kematian masing-masing di Johor dan Terengganu. Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing mencatat tiga kematian serta masing-masing satu kematian di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Sehingga tengah malam tadi juga, sebanyak 39,913 kes jangkitan masih…

Read More