97.8 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 12 Jan. – Sebanyak 97.8 peratus atau 22,889,297 individu daripada populasi dewasa  telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,172,722 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menurut data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 78.6 peratus atau 25,657,970 individu daripada populasi keseluruhan lengkap vaksinasi manakala 79.7 peratus atau 26,030,831 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja, sebanyak 88 peratus atau 2,768,673  lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 90.8 peratus atau 2,858,109 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu sebanyak 8,284,539 atau 25.4 peratus telah memperoleh dos penggalak masing-masing selepas 248,659 dos harian diberikan semalam.

Related posts

Leave a Comment