Arab Saudi catat kes harian tertinggi

RIYADH 12 Jan. – Arab Saudi hari ini merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi sejak pandemik dikesan di negara itu dengan merekodkan 5,362 kes berbanding 4,652 yang direkodkan semalam.

Rekod sebelum ini menunjukkan jumlah kes harian tertinggi adalah sebanyak 4,919 yang direkodkan pada 17 Jun 2020 dengan 39 kematian.

Bagaimanapun jumlah kematian hari ini masih terkawal apabila dua orang dilaporkan meninggal dunia sama seperti semalam dan kebanyakan hari sebelum ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 593,545 kes manakala yang meninggal dunia pula bertambah kepada 8,899 orang.

Sebanyak 2,499 orang dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 552,057 orang.

Kementerian juga memaklumkan dalam kalangan kes aktif, sebanyak 218 pesakit dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment