27 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 12 Jan. – Sebanyak 27 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, termasuk sembilan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menurut data laman sesawang COVIDNOW, ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 31,723 kes dengan 6,401 daripadanya adalah kes BID.

Selangor merekodkan kematian akibat Covid-19 tertinggi semalam iaitu sembilan kes, diikuti empat kematian masing-masing di Johor dan Terengganu.

Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing mencatat tiga kematian serta masing-masing satu kematian di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Sehingga tengah malam tadi juga, sebanyak 39,913 kes jangkitan masih aktif dengan sejumlah 32,703 kes menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,659 pesakit menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan 3,322 pesakit lagi dirawat di hospital.

Related posts

Leave a Comment