Kadar kebolehjangkitan naik 1.00

PUTRAJAYA 11 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik kepada 1.00 berbanding 0.98 pada hari sebelumnya.

Tujuh negeri merekodkan kadar melebihi 1.00 didahului Wilayah Persekutuan Labuan yang merekodkan 1.12.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 1.08.

Sabah merekodkan 1.07, Melaka 1.05, Negeri Sembilan 1.04 dan Kedah 1.00.

Sembilan negeri lagi merekodkan kadar lebih rendah iaitu Selangor 0.99, Johor 0.98, Negeri Sembilan 0.98, Pahang 0.98, Pulau Pinang 0.97, Perak 0.94, Perlis 0.90, Sarawak 0.89 dan Terengganu 0.85.

Related posts

Leave a Comment