Dos penggalak Indonesia mula hari ini

JAKARTA 12 Jan. – Indonesia yang telah mencapai sasaran 70 peratus vaksinasi hari ini memulakan program vaksinasi penggalak (dos ketiga) dengan menyasarkan kira-kira 21 juta orang akan menerima suntikan itu sepanjang bulan ini.

Presiden Joko Widodo berkata, dos ketiga secara percuma itu  akan memberi keutamaan kepada warga lanjut usia dan kelompok rentan yang sudah menerima vaksin dos kedua sejak enam bulan lalu.

Dalam satu perutusannya semalam, beliau berkata vaksinasi itu bagi mengekalkan tahap imunisasi dan meningkatkan tahap keselamatan rakyat bagi menghadapi pandemik itu.

Jokowi dalam pada itu juga menasihatkan rakyat yang sudah divaksin untuk terus kekal berdisiplin melaksanakan protokol kesihatan iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak dan kerap mencuci tangan.

Pemerintah telah mempersiapkan vaksin penggalak dari Sinovac, CoronaVac, Pfizer, AstraZeneca, Moderna, dan Zifivax.

Vaksin primer menggunakan Sinovac manakala vaksin booster menggunakan AstraZeneca (separuh dos) atau Pfizer (separuh dos).

Vaksin utama menggunakan AstraZeneca, vaksin penggalak menggunakan Moderna (separuh dos).

Setakat 10 Januari, stok vaksin yang diterima kerajaan mencecah 446 juta dos di mana 288 juta dos vaksin telah disuntik.

Related posts

Leave a Comment