Separuh benua Eropah bakal dijangkiti

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, separuh daripada benua Eropah akan dijangkiti varian Omicron Covid-19 dalam tempoh enam hingga lapan minggu lagi.

Pengarah WHO Eropah Dr Hans Kluge berkata, dengan mengambil kira ramalan aliran semasa lonjakan varian baharu Covid-19 itu, gelombang Omicron akan melanda barat hingga timur Eropah beberapa minggu lalu.

Katanya, keadaan diburukkan lagi dengan situasi sedia ada iaitu lonjakan varian Delta di mana tujuh juta kes baharu dilaporkan di Eropah pada minggu pertama 2022 dan jumlah jangkitan pula naik dua kali ganda dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya, Eropah dan Asia Tengah kini dalam tekanan ketika virus itu merebak daripada negara Barat ke Balkan.

Kajian terbaharu mendedahkan Omicron memberi kesan minimum untuk jatuh sakit berbanding varian sebelumnya dan ia lebih mudah menular dan berjangkit sekali pun individu itu sudah lengkap vaksinasi.

Related posts

Leave a Comment