7,681 kes baharu di Thailand

BANGKOK 12 Jan. – Sebanyak 7,681 kes baharu Covid-19 direkodkan Thailand dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kematian pula 19 orang .

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 7,133 kes dan 12 kematian yang direkodkan semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di Thailand kini meningkat kepada 2,292,290 dengan 21,869 kematian.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 277 adalah kes import, sementara 7,404 adalah kes tempatan termasuk 12 dalam kalangan penghuni penjara.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 892, diikuti Chon Buri 873, Samut Prakan 523 dan Phuket 488.

Bagi kes kematian pula, mereka yang meninggal dunia berusia antara 19 hingga 92 tahun, di mana 89 peratus warga tua dan berpenyakit kronik.

Bangkok merekodkan tiga kematian selain Phetchaburi (1), Prachin Buri (1), Rayong (1), Nakhon Ratchasima (2), Roi Et (2), Chaiyaphum (1), Buri Ram (1) dan Si Sa Ket (1), Songkhla (2), Trang (1), Chiang Rai (2) dan Phitsanulok (1).

Pada Selasa, sebanyak 66,286 orang menerima rawatan Covid-19 di hospital termasuk 480 pesakit kritikal dan 108 bergantung kepada ventilator. Sebanyak 3,350 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Kebanyakan kluster adalah dari tempat hiburan termasuk 26 kes di Ubon Ratchathani dan Chiang Mai, 22 di Nan, enam masing masing dari Udon Thani dan Khon Kaen serta tiga setiap satu di Phayao dan Si Sa Ket.

Related posts

Leave a Comment