Singapura lapor 327 kes baharu Omicron

SINGAPURA 9 Jan.- Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 845 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini termasuk 587 kes import dan satu kematian. Sebanyak 327 kes baharu varian Omicron disahkan hari ini – 109 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 218 kes import. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes adalah 285,647 dengan jumlah kematian 838 orang. Daripada 845 kes baharu, sebanyak 242 adalah kes baharu dalam masyarakat, 16 kes baharu di asrama pekerja asing, dan 587 kes import. Menurut Kementerian Kesihatan, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.80, meningkat berbanding 1.73…

Read More

Tidak ‘mampu’ guna lockdown

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk mengikut jejak langkah China mengamalkan strategi sifar Covid-19 dengan melaksanakan perintah berkurung. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, tidak dinafikan strategi itu berkesan tetapi Malaysia mengamalkan strategi mitigasi dalam mengawal pandemik Covid-19. “Namun strategi mereka iaitu containment atau zero Covid-19 bermaksud total lockdown bila ada hanya tiga kes positif. Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk lockdown. Strategi kita mitigation. Bermaksud kita mengurus kes positif dengan berkesan, tingkatkan jumlah vaksinasi, jaga SOP (prosedur…

Read More

Kes harian Arab Saudi 3,460

RIYADH 9 Jan. – Masuk hari ke lima, Arab Saudi terus merekodkan kes jangkitan harian melebihi 3,000 apabila jumlah kes baharu hari ini meningkat kepada 3,460 berbanding 3,068 semalam. Bagaimanapun dalam tempoh yang sama, jumlah kematian masih rendah, hanya sekitar satu hingga tiga orang dan hari inj satu kematian dilaporkan berbanding dua orang meninggal dunia semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini di Arab Saudi adalah 578,753 manakala jumlah yang meninggal dunia akibat pandemik itu adalah 8,893 orang. Sebanyak 843 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24…

Read More

Peningkatan kes berterusan di Filipina

MANILA 9 Jan. – Filipina terus mencatatkan trend peningkatan kes harian apabila merekodkan 28,707 kes, berbanding 26,458 yang direkodkan semalam dan 21,819 pada hari sebelumnya. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 15 kematian direkodkan, menunjukkan penurunan berbanding 265 semalam. Sehingga pukul 4 petang ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 2,965,447 manakala jumlah kematian pula 52,150 orang. Sebanyak 2,579 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 2,785,183 orang pulih atau 93.9 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula meningkat secara mendadak dengan merekodkan 128,114 kes berbanding 77,369 semalam.

Read More

Kes Malaysia turun 2,888

PUTRAJAYA 9 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 2,888 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini berbanding 3,251 yang dilaporkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan  berkata, jumlah itu menyumbang kepada 2,786,219 kes positif Covid-19 setakat ini. Kelmarin, sebanyak 3,381 kes direkodkan dan sebelumnya sebanyak 3,543 kes. Ddaripada jumlah kes yang dilaporkan, 2,565 adalah penularan tempatan iaitu 2,480 individu atau 96.7 peratus warganegara, manakala 85 lagi atau 3.3 peratus bukan warganegara. Beliau berkata, sebanyak 323 kes import dilaporkan hari ini membabitkan 287 rakyat Malaysia dan…

Read More

Thailand catat 8,511 kes baharu

BANGKOK 9 Jan. – Thailand buat hari kedua melaporkan lebih 8,000 kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 8,511 kes baharu, meningkat sedikit berbanding 8,263 yang dicatatkan semalam. Sebelum ini, sejak 30 Disember 2021, Thailand merekodkan kes harian lebih 3,000 kes sehingga 5 Januari merekodkan 3,899 kecuali 2,927 pada 3 Januari seterusnya 5,775 (6 Jan) dan 7,526 (7 Jan). Menurut Kementerian Kesihatan Awam, 12 lagi kematian direkodkan hari ini berbanding 14 kes yang dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,269,550 dengan jumlah kematian pula sebanyak 21,825 orang. Daripada jumlah…

Read More

KTMB gantung tugas kakitangan

KOTA BHARU 9 Jan. – Gara-gara tidak berhenti di hentian, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantung tugas kakitangannya dan menjalankan siasatan sekiranya berlaku kecuaian yang menyebabkan 100 pelajar tidak dapat ke sekolah. KTMB dalam satu kenyataan mengesahkan kereta api Shuttle Timuran nombor 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat pada pukul 4.05 pagi ini, tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada pukul 7.08 pagi. “KTMB memandang serius dan kesal dengan kejadian itu. Lebih kesal lagi, ia membabitkan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang baru memulakan semula sesi persekolahan, hari…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.97

PUTRAJAYA 9 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik kepada 0.97 berbanding 0.96 selama dua hari sebelumnya dan 0.97 pada 5 Januari. Johor menyamai kadar 0.97 manakala lapan lagi negeri melepasi kadar kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Labuan dengan 1.12. Ini diikuti Sabah yang mencatatkan 1.06, Melaka 1.04, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.03, Negeri Sembilan 1.00, Pahang 0.99, Kelantan 0.98, Selangor 0.98 dan Kedah 0.98. Negeri-negeri lain merekodkan kadar di bawah 0.97 iaitu Pulau Pinang 0.96, Putrajaya 0.96, Perlis 0.94, Perak 0.94, Terengganu 0.87 dan…

Read More

Kematian di UK cecah 150,000

LONDON 9 Jan. – Angka kematian rasmi United Kingdom akibat pandemik Covid-19 meningkat melebihi 150,000 semalam (Sabtu) berikutan gelombang tinggi kes disebabkan oleh varian Omicron. Kira-kira 313 kematian dalam tempoh 28 hari selepas ujian positif Covid-19 dilaporkan pada Sabtu, menjadikan jumlah kematian 150,057. Perdana Menteri Boris Johnson dalam satu kenyataan berkata, koronavirus telah membawa kesan buruk kepada UK dan semalam jumlah kematian yang direkodkan telah mencapai 150,000. Justeru katanya, jalan keluar wabak ini adalah untuk semua orang mendapatkan dos penggalak mereka atau dos pertama atau kedua jika mereka belum melakukannya.…

Read More

5 negeri mengundi ketika pandemik

NEW DELHI 9 Jan. – Ketika jangkitan Covid-19 di India meningkat secara mendadak, lebih 183 juta orang, 85 juta daripadanya wanita akan keluar mengundi dalam pilihan raya lima negeri di India yang dijadualkan pada Februari dan Mac ini. Semasa mengumumkan jadual pilihan raya itu semalam, Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya Sushil Chandra tidak begitu bimbang dengan risiko penularan Covid-19. Beliau menegaskan bahawa lonjakan jangkitan baru-baru ini adalah dari tempat-tempat seperti Maharashtra, Delhi dan Karnataka, dan bukan dari negeri-negeri yang terlibat dengan pilihan raya itu. “Tidak perlu panik”, tetapi masih perlu berhati-hati…

Read More