Peningkatan kes berterusan di Filipina

MANILA 9 Jan. – Filipina terus mencatatkan trend peningkatan kes harian apabila merekodkan 28,707 kes, berbanding 26,458 yang direkodkan semalam dan 21,819 pada hari sebelumnya.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 15 kematian direkodkan, menunjukkan penurunan berbanding 265 semalam.

Sehingga pukul 4 petang ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 2,965,447 manakala jumlah kematian pula 52,150 orang.

Sebanyak 2,579 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 2,785,183 orang pulih atau 93.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula meningkat secara mendadak dengan merekodkan 128,114 kes berbanding 77,369 semalam.

Related posts

Leave a Comment