Kes Malaysia turun 2,888

PUTRAJAYA 9 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 2,888 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini berbanding 3,251 yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan  berkata, jumlah itu menyumbang kepada 2,786,219 kes positif Covid-19 setakat ini.

Kelmarin, sebanyak 3,381 kes direkodkan dan sebelumnya sebanyak 3,543 kes.

Ddaripada jumlah kes yang dilaporkan, 2,565 adalah penularan tempatan iaitu 2,480 individu atau 96.7 peratus warganegara, manakala 85 lagi atau 3.3 peratus bukan warganegara.

Beliau berkata, sebanyak 323 kes import dilaporkan hari ini membabitkan 287 rakyat Malaysia dan 36 warga asing.

Daripada 2,888 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 36 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala 2,852 kes (98.8 peratus) lagi erdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 248 individu memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 117 memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Dr. Noor Hisham, satu kluster baharu dikesan hari ini, menyumbang kepada 6,159 kluster Covid-19 setakat ini.

Bagaimanapun , sebanyak 5,987 kluster sudah ditamatkan manakala 172 kluster masih lagi aktif.

Pada masa sama, sebanyak 2,714 kes sudah sembuh direkodkan hari ini, menyumbang kepada 2,714,614 kes kumulatif yang sudah pulih daripada Covid-19 atau 97.4 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini.

.

Sementara itu, tiga kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir dikesan hari ini, menjadikan jumlah mereka kini seramai 469. Bagaimanapun tiada kes positif baharu dikesan di 55 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri dilanda banjir

Kementerian juga mengesan sembilan kes penyakit berjangkit dalam kalangan mangsa banjir iaitu lapan kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) dan satu kes penyakit kulit.

Related posts

Leave a Comment