Kadar kebolehjangkitan 0.97

PUTRAJAYA 9 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik kepada 0.97 berbanding 0.96 selama dua hari sebelumnya dan 0.97 pada 5 Januari.

Johor menyamai kadar 0.97 manakala lapan lagi negeri melepasi kadar kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Labuan dengan 1.12.

Ini diikuti Sabah yang mencatatkan 1.06, Melaka 1.04, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.03, Negeri Sembilan 1.00, Pahang 0.99, Kelantan 0.98, Selangor 0.98 dan Kedah 0.98.

Negeri-negeri lain merekodkan kadar di bawah 0.97 iaitu Pulau Pinang 0.96, Putrajaya 0.96, Perlis 0.94, Perak 0.94, Terengganu 0.87 dan Sarawak 0.85.

Related posts

Leave a Comment