Singapura lapor 327 kes baharu Omicron

SINGAPURA 9 Jan.- Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 845 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini termasuk 587 kes import dan satu kematian.

Sebanyak 327 kes baharu varian Omicron disahkan hari ini – 109 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 218 kes import.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes adalah 285,647 dengan jumlah kematian 838 orang.

Daripada 845 kes baharu, sebanyak 242 adalah kes baharu dalam masyarakat, 16 kes baharu di asrama pekerja asing, dan 587 kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.80, meningkat berbanding 1.73 semalam.

Ini merupakan hari ke-16 berturut-turut, kadar pertumbuhan itu meningkat.

Seramai 164 pesakit masih dirawat di hospital berbanding 160 semalam dan daripada jumlah itu, 14 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa manakala 11 sakit tenat di ICU.

Related posts

Leave a Comment