Kes harian Arab Saudi 3,460

RIYADH 9 Jan. – Masuk hari ke lima, Arab Saudi terus merekodkan kes jangkitan harian melebihi 3,000 apabila jumlah kes baharu hari ini meningkat kepada 3,460 berbanding 3,068 semalam.

Bagaimanapun dalam tempoh yang sama, jumlah kematian masih rendah, hanya sekitar satu hingga tiga orang dan hari inj satu kematian dilaporkan berbanding dua orang meninggal dunia semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini di Arab Saudi adalah 578,753 manakala jumlah yang meninggal dunia akibat pandemik itu adalah 8,893 orang.

Sebanyak 843 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 546,614 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 141 orang dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment