404 kes baharu Omicron di Singapura

SINGAPURA 8 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 811 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari ini termasuk 544 kes import. Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 777 kes yang dilaporkan semalam. Sebanyak 404 kes baharu varian Omicron turut disahkan hari ini – 161 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 243 adalah kes import. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 253 adalah kes baharu dalam masyarakat, 14 kes asrama pekerja asing, dan 544 kes import. Tiada kematian dilaporkan hari ini dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini adalah 837 orang.…

Read More

Lonjakan kes baharu di Thailand

BANGKOK 8 Jan.-  Thailand terus merekodkan peningkatan kes dengan 8,263 kes jangkitan Covid-19 baharu dan 14 kes kematian dalam tempoh 24 jam. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, angka kes baharu itu melonjak sebanyak 737 kes berbanding 7,526 kes pada hari sebelumnya. Daripada jumlah itu, 7,802 kes adalah dalam kalangan populasi awam manakala 110 adalah dalam kalangan penghuni penjara. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,261,039 dengan 21,813 kematian. Sebanyak 2,865 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,191,262 pesakit pulih. Sejak pandemik bermula pada awal 2020, jumlah kumulatif…

Read More

Arab Saudi masih lepasi 3,000 kes

RIYADH 8 Jan. – Hari keempat, Arab Saudi terus merekodkan kes harian Covid-19 melebihi 3,000 hari ini iaitu sebanyak 3,068, jumlah yang menunjukkan pengurangan berbanding 3,575 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Awam (MoH), dua orang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19 itu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 575,293 dan 8,892 orang meninggal dunia. MoH juga merekodkan 817 orang sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes pulih 545,771. Sebanyak 134 kes aktif pula dalam keadaan kritikal. Sementara itu di MAKKAH, berikutan penguatkuasaan semula langkah-langkah pencegahan dan berjaga-jaga…

Read More

Filipina catat 26,458 kes baharu

MANILA 8 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan lonjakan kes harian Covid-19 apabila jumlah kes hari ini adalah sebanyak 26,458 berbanding 21,819 yang direkodkan semalam. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 265 kematian juga dilaporkan, satu peningkatan berbanding 129 yang direkodkan meninggal dunia semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 2,936,875 dengan jumlah kematian pula 52,135 orang. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 2,782,723 orang selepas 1,656 lagi pesakit dilaporkan sembuh. Kes aktif juga menunjukkan peningkatan dengan 102,017 kes berbanding 77,369 yang direkodkan semalam.

Read More

Turun sedikit tetapi kekal 3,000

PUTRAJAYA 8 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 turun sedikit hari ini apabila 3,251 kes dilaporkan berbanding 3,381 semalam dan sebelumnya 3,543. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,783,331. Beliau berkata, daripada jumlah itu, 2,952 kes membabitkan kes tempatan, manakala 299 kes adalah kes import yang membabitkan warga tempatan serta asing. Daripada 3,251 kes harian yang dilaporkan hari ini, 58 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 3,193 kes (98.2 peratus) adalah kategori satu dan dua.…

Read More

Jerman ketat syarat ke restoran

BERLIN: Jerman memperketatkan syarat kemasukan ke restoran dan bar di mana pelanggan perlu menunjukkan sama ada mereka telah menerima suntikan dos penggalak sebagai bukti bahawa mereka telah divaksin. Mereka juga boleh memberikan keputusan ujian negatif sebagai bukti bahawa mereka telah pulih daripada Covid-19. Di samping itu, Jerman juga memutuskan untuk memendekkan tempoh kuarantin dan pengasingan diri susulan varian Omicron merebak dengan pantas ke seluruh negara. Garis panduan baharu yang diperkenalkan Canselor Olaf Scholz dan 16 gabenor negeri lain itu dibuat selepas Krismas yang mengehadkan perhimpunan kepada 10 orang dan menutup…

Read More

45,098 kes baharu NSW

SYDNEY 8 Jan. – New South Wales (NSW) merekodkan 45,098 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 8 malam waktu tempatan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 425,404 kes. Sembilan kematian juga direkodkan iaitu empat wanita dan lima lelaki berusia 50an, 70an dan 90an. Setakat ini sebanyak 1,795 kes Covid-19 ditempatkan di hospital di mana 145 menerima rawatan di unit rawatan intensif dan 40 memerlukan bantuan ventilator. Berikutan itu, wilayah NSW yang menempatkan Sydney dan sepertiga daripada 25 juta penduduk negara itu akan menguatkuasakan semula sekatan-sekatan Covid-19 termasuk menutup…

Read More

25,643,935 populasi lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 8 Jan. – Kadar vaksinasi bagi populasi dewasa di Malaysia meningkat kepada 22,878,955 atau 97.7 peratus selepas 2,230 dos lengkap diberikan sehingga 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, dalam tempoh sama sebanyak 98.9 peratus atau 23,164,441 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi keseluruhan, sebanyak 78.5 peratus atau 25,643,935 individu telah lengkap vaksinasi manakala 79.7 peratus atau 26,019,908 menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,764,980 individu atau 87.8 peratus daripada…

Read More

70 % pesakit di ICU tidak divaksin

LONDON: Kemasukan ke hospital meningkat dan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) menghadapi ‘beberapa minggu yang sukar’, kata Setiausaha Kesihatan United Kingdom UK, Sajid Javid. Beliau menyatakan demikian semasa melawat King’s College Hospital di selatan London, dan menekankan kepentingan mendapatkan vaksin. Jelasnya, perkara terbaik orang ramai boleh lakukan adalah mendapatkan dos penggalak atau dos pertama dan kedua jika belum mendapatkan vaksin. Setakat ini, sebanyak 35 juta penduduk negara itu mendapatkan dos penggalak atau dos ketiga. Semasa lawatannya, Javid diberitahu, dianggarkan 70 peratus pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu tidak…

Read More