Filipina catat 26,458 kes baharu

MANILA 8 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan lonjakan kes harian Covid-19 apabila jumlah kes hari ini adalah sebanyak 26,458 berbanding 21,819 yang direkodkan semalam.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 265 kematian juga dilaporkan, satu peningkatan berbanding 129 yang direkodkan meninggal dunia semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 2,936,875 dengan jumlah kematian pula 52,135 orang.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 2,782,723 orang selepas 1,656 lagi pesakit dilaporkan sembuh.

Kes aktif juga menunjukkan peningkatan dengan 102,017 kes berbanding 77,369 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment