BERLIN: Jerman memperketatkan syarat kemasukan ke restoran dan bar di mana pelanggan perlu menunjukkan sama ada mereka telah menerima suntikan dos penggalak sebagai bukti bahawa mereka telah divaksin.
Mereka juga boleh memberikan keputusan ujian negatif sebagai bukti bahawa mereka telah pulih daripada Covid-19.
Di samping itu, Jerman juga memutuskan untuk memendekkan tempoh kuarantin dan pengasingan diri susulan varian Omicron merebak dengan pantas ke seluruh negara.
Garis panduan baharu yang diperkenalkan Canselor Olaf Scholz dan 16 gabenor negeri lain itu dibuat selepas Krismas yang mengehadkan perhimpunan kepada 10 orang dan menutup kelab malam.
Keputusan itu merupakan keperluan yang dipertingkatkan untuk restoran dan bar di seluruh negara.
Scholz dan gabenor lain juga bersetuju untuk memendekkan tempoh kuarantin atau pengasingan diri yang kini selama 14 hari.
Orang ramai yang telah menerima dos penggalak tidak lagi perlu menjalani kuarantin selepas kontak rapat dengan kes koronavirus.
Tempoh kuarantin atau pengasingan diri boleh ditamatkan selepas 10 hari jika mereka tidak mempunyai jangkitan dan tiada simptom.
Ia juga boleh dipendekkan kepada tujuh hari sekiranya ujian saringan negatif.