25,643,935 populasi lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 8 Jan. – Kadar vaksinasi bagi populasi dewasa di Malaysia meningkat kepada 22,878,955 atau 97.7 peratus selepas 2,230 dos lengkap diberikan sehingga 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, dalam tempoh sama sebanyak 98.9 peratus atau 23,164,441 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi keseluruhan, sebanyak 78.5 peratus atau 25,643,935 individu telah lengkap vaksinasi manakala 79.7 peratus atau 26,019,908 menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,764,980 individu atau 87.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,855,467 atau 90.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 216,668 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,627 dos pertama, 3,383 dos lengkap dan 210,658 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 59,033,667 dos dengan 7,570,846 daripadanya adalah dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment