404 kes baharu Omicron di Singapura

SINGAPURA 8 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 811 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari ini termasuk 544 kes import.

Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 777 kes yang dilaporkan semalam.

Sebanyak 404 kes baharu varian Omicron turut disahkan hari ini – 161 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 243 adalah kes import.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 253 adalah kes baharu dalam masyarakat, 14 kes asrama pekerja asing, dan 544 kes import.

Tiada kematian dilaporkan hari ini dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini adalah 837 orang.

Sebanyak 160 pesakit masih dirawat di hospital berbanding 165 semalam dan daripada jumlah itu, 12 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, seorang dipantau rapi di ICU. 11 sakit tenat di ICU.

Kadar penggunaan ICU adalah 43.4 peratus, naik sedikit berbanding 43.2 peratus semalam.

Pada masa yang sama seramai 336 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment