Turun sedikit tetapi kekal 3,000

PUTRAJAYA 8 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 turun sedikit hari ini apabila 3,251 kes dilaporkan berbanding 3,381 semalam dan sebelumnya 3,543.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,783,331.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 2,952 kes membabitkan kes tempatan, manakala 299 kes adalah kes import yang membabitkan warga tempatan serta asing.

Daripada 3,251 kes harian yang dilaporkan hari ini, 58 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 3,193 kes (98.2 peratus) adalah kategori satu dan dua.

Selain itu, sebanyak 243 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 113 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 3,161 kes sembuh daripada Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh hingga kini adalah 2,711,900 kes (97.4 peratus).

Related posts

Leave a Comment