27 kes baharu Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 7 Jan. – Sebanyak 27 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan di Brunei Darussalam hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 15,577. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah tersebut termasuk tiga kes import. Sebanyak lapan kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 15,345 pesakit pulih. Terdapat peningkatan kes aktif iaitu 130 kes berbanding 111 yang direkodkan semalam

Read More

777 kes baharu Covid-19 di Singapura

SINGAPURA 7 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 777 kes baharu Covid-19 termasuk 396 kes import dan dua kematian setakat tengah hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 535 kes baharu varian Omicron disahkan hari ini iaitu 251 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 284 lagi adalah kes import. Daripada jumlah 777 kes itu, sebanyak 366 adalah kes baharu dalam masyarakat, 15 kes di asrama pekerja asing, dan 396 import. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes adalah 283,991 kes dengan jumlah kematian pula 837 orang. Sementara itu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula…

Read More

Lonjakan kes harian di Thailand

BANGKOK 7 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 di Thailand terus melonjak apabila merekodkan 7,526 kes baharu berbanding 5,775 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 2,252,776. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 19 lagi meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 21,799 kematian. Semalam, sebanyak 2,895 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Jumlah kumulatif sembuh kini 2,188,397 orang. Sementara itu menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Chon Buri mendahului rekod jangkitan dengan 1,342 kes diikuti Samut Prakan 561 kes, Bangkok 456, Ubon Ratchathani 431, Khon Kaen 305, Chiang Mai…

Read More

Kes harian Saudi terus meningkat

RIYADH 7 Jan. – Arab Saudi terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini apabila melaporkan 3,575 kes baharu berbanding 3,168 semalam. Selama seminggu, kes harian melepasi 1,000 kes sejak 2 Januari lalu dengan 1,024 kes dan meningkat kepada 2,585 pada 4 Januari dan 3,054 pada 5 Januari. Dengan peningkatan kes baharu ini,  jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 572,225. Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,890 orang meninggal dunia. Sebanyak 817 kes dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit sembuh sejak…

Read More

Dos keempat suku ketiga 2022

AMERIKA SYARIKAT: Satu lagi dos pada suku ketiga 2022. Itu kenyataan CEO Moderna Stephane Bancel semasa persidangan jagaan kesihatan anjuran Goldman Sachs pada Khamis, 6 Januari. Beliau berkata, keberkesanan suntikan dos penggalak Covid-19 mungkin berkurangan dalam masa beberapa bulan akan datang. Katanya, syarikat Moderna sedang berusaha untuk menghasilkan versi vaksin yang disesuaikan kepada varian Omicron tetapi tidak mungkin siap dalam masa dua bulan akan datang.  Komen itu susulan kenyataan Perdana Menteri Israel Naftali Bennett pada 4 Januari lalu yang merujuk kepada satu kajian bahawa dos keempat vaksin Covid-19 merangsang antibodi,…

Read More

Jumlah kes di Filipina cecah 2.9 juta

MANILA 7 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila jumlah jangkitan meningkat kepada 21,819 berbanding 17,220 yang direkodkan semalam. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan sebanyak 129 orang lagi meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 berbanding 81 kes semalam. Dengan pertambahan kes baharu itu jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 2,910,664 dengan kumulatif meninggal dunia pula sebanyak 51,871 orang. Sebanyak 973 lagi pesakit sembuh, yang merupakan pertambahan kes berbanding 616 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 2,781,424. Jumlah…

Read More

Tangkap jika keluar rumah tanpa vaksin

MANILA 7 Jan. –  Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, memberi amaran mereka yang tidak disuntik vaksin Covid-19 akan ditahan jika ingkar perintah duduk di rumah berikutan jangkitan mencatat rekod tertinggi dalam tempoh tiga bulan. Dalam ucapan rasmi menerusi televisyen, beliau meminta pemimpin masyarakat mengawasi mereka yang tidak divaksin dan memastikan tidak meninggalkan rumah masing-masing. “Kalau mereka enggan, masih mahu keluar rumah dan bercampur dengan masyarakat, mereka patut dihalang dan jika masih degil, pemimpin masyarakat boleh menahan mereka,” katanya. Menurut Duterte, ini merupakan tanggungjawabnya untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera. Beliau…

Read More

Kes Malaysia turun sedikit

PUTRAJAYA 7 Jan. – Malaysia merekodkan sedikit penurunan kes jangkitan harian Covid-19 dengan catatan 3,381 kes baharu untuk tempoh 24 jam yang lalu, berbanding 3,543 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata,  jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,780,080 kes. Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu 879 kes diikuti Kelantan 385, Johor 299, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 271, Sabah 242, Pahang 226, Pulau Pinang 219 dan Kedah 216. Negeri Sembilan merekodkan 172 kes, Perak 161, Melaka 141, Terengganu 94, Wilayah Persekutuan Putrajaya 30, Sarawak 18…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.96

PUTRAJAYA  7 Jan.  – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.96 berbanding 0.97 pada hari sebelumnya. Sebelas negeri melepasi kadar kebangsaan itu didahului Wilayah Persekutuan Labuan dengan 1.10 dan Sabah 1.05. Empat negeri mencatatkan kadar 0.99 iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah dan Melaka manakala Johor, Kelantan dan Pahang masing-masing 0.98 diikuti Pulau Pinang dan Perlis masing-masing 0.97. Tiga negeri merekodkan 0.95 iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak sementara Terengganu 0.93. Sarawak pula dengan kadar terendah iaitu 0.83

Read More