Dos keempat suku ketiga 2022

AMERIKA SYARIKAT: Satu lagi dos pada suku ketiga 2022. Itu kenyataan CEO Moderna Stephane Bancel semasa persidangan jagaan kesihatan anjuran Goldman Sachs pada Khamis, 6 Januari.

Beliau berkata, keberkesanan suntikan dos penggalak Covid-19 mungkin berkurangan dalam masa beberapa bulan akan datang.

Katanya, syarikat Moderna sedang berusaha untuk menghasilkan versi vaksin yang disesuaikan kepada varian Omicron tetapi tidak mungkin siap dalam masa dua bulan akan datang. 

Komen itu susulan kenyataan Perdana Menteri Israel Naftali Bennett pada 4 Januari lalu yang merujuk kepada satu kajian bahawa dos keempat vaksin Covid-19 merangsang antibodi, empat kali ganda, seminggu selepas suntikan diambil.

Related posts

Leave a Comment