Kes harian Saudi terus meningkat

RIYADH 7 Jan. – Arab Saudi terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini apabila melaporkan 3,575 kes baharu berbanding 3,168 semalam.

Selama seminggu, kes harian melepasi 1,000 kes sejak 2 Januari lalu dengan 1,024 kes dan meningkat kepada 2,585 pada 4 Januari dan 3,054 pada 5 Januari.

Dengan peningkatan kes baharu ini,  jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 572,225.

Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,890 orang meninggal dunia.

Sebanyak 817 kes dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit sembuh sejak pandemik adalah 544,978.

Dalam kalangan 18,357 kes aktif,  sebanyak 117 pesakit dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri memberi amaran akan mengenakan denda SR1,000 terhadap kesalahan berkaitan langkah berjaga-jaga penularan Covid-19.

Denda itu boleh mencecah sehingga SR100,000 bagi kesalahan berulang.

Justeru orang awam dinasihatkan mematuhi peraturan berkaitan termasuk menjaga penjarakan fizikal dan pemeriksaan suhu semasa memasuki premis awam dan swasta.

Related posts

Leave a Comment